Pintu masuk |
Tempat wuduk dan tandas yang berasingan |
Berlatar belakang bangunan pencakar langit |
Ruang solat tambahan |
Ruang solat utama |
Acara berbuka di sini dimulai dengan bacaan tahlil dari imam masjid dimana menandakan para tetamu sudah boleh mengambil tempat masing-masing di tempat berbuka puasa yang dibentang dengan tikar dan disusun dengan bubur lambuk, air dan kuih. Tempat berbuka tetamu lelaki adalah di ruang tepi masjid dan tetamu wanita di belah dalam masjid. Masjid ini mengamalkan berbuka dengan kuih dahulu dan selepas solat maghrib barulah boleh makan nasi. Sistem ini banyak masalahnya kerana agak ramai juga orang yang berbuka di sini yang kebanyakkannya adalah pelajar UM itu sendiri. Tempat yang disediakan tidak berapa mencukupi. Apabila solat maghrib, ramai yang memilah untuk solat di belah tepi yang berdekatan pintu keluar untuk ke ruang berbuka supaya dapat beratur di depan apabila mengambil makanan biarpun imam masih belum habis baca doa. Walhal, saf di belah kanan masih kosong. Paling malang, ketika beratur mengambil makanan dimana yang beratur paling belakang terpaksa menunggu lama dan kemungkinan sebahagian lauk habis sangat pasti. Mereka mungkin terpaksa burpuas hati dengan satu jenis lauk sahaja kerana lauk lain sudah habis. Sepatutnya lebih banyak kaunter makanan disediakan supaya lebih cepat.
Meja makanan |
Ruang berbuka wanita |
Ruang berbuka lelaki |
Menu berbuka |
Imam tengah mengetuai tahlil |
Ramai juga yang datang berbuka |
Beratur Untuk mengambil nasi |
Beratuer panjang hingga dalam ruang solat utama |
Meja makanan |
Menu Utama |
Solat terawih pula dibuat 20 rakaat dan selepas terawih sekali lagi akan dibuat bacaan tahlil. Jemaah terawih agak ramai juga tetapi tidak la penuh ruang solat utama yang berpenghawa dingin itu. Suhunya tidak berapa sejuk walaupun menggunakan sistem berpusat. Selepas lapan rakaat hanya tinggal 2 saf sahaja. Moreh disediakan di ruang berbuka tadi dan hari ini dapat makan mee goreng dengan air teh.
Jemaah terawih |
Moreh |
Jemaah terawih selepas 8 rakaaat |
No comments:
Post a Comment