Friday, 16 June 2017

Masjid Al-Ridhuan Padat Dengan Program Agama

20 ramadan, sampai di masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang dalam keadaan hujan yang renyai-renyai. Masjid yang sederhana besar ini tidak la secantik masjid yang baru dibina di tempat lain. Namun, masjid ini sangat selesa untuk beribadat di dalamnya kerana telah tersedia dengan karpet lembut, kipas syiling gergasi, dan penghawa dingin. Tambahan pula sangat padat dengan program keagamaan sepanjang ramadan ini dimana setiap hari ada ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz dan ustazah terkenal yang bertaraf selebriti. Solat terawih pula diimamkan oleh qari terkenal yang berlainan setiap malam seperti Ustaz Fakrul UNIC dan ramai lagi. Masjid ini juga ada sekolah tahfiz yang siap dengan asrama para pelajar. 

Pengagihan bubur lambuk


Sekolah tahfiz





Semasa sampai, pihak masjid sedang mengagihkan bubur lambuk di pintu utama masjid. Sangat banyak bubur yang berlebihan sehinggakan boleh diambil berapa pun ikut suka. Pukul 6.45 petang barulah acara berbuka bermula dimana tetamu perlu beratur untuk mengambil nasi di meja makanan di dalam dewan di depan masjid bagi yang lelaki. Untuk perempuan pula adalah dibawah khemah di belakang masjid. Agak panjang juga beratur tetapi tidak lama kerana ada orang yang tukang bubuh lauk dan nasi. Makan pula di dalam dewan yang siap dengan meja dan kerusi. Kalau tidak cukup tempat, di luar dewan masih ada meja dan kerusi. Makanan hanya biasa-biasa sahaja mungkin kerana orang yang terlalu ramai dimana lauknya dipotong kecil dan diberi sedikit sahaja. Tetapi kalau ada lebih, bila masuk waktu berbuka, tetamu boleh tambah lauk. Ada juga orang persendirian yang hantar lauk tambahan dan juga kuih-muih tetapi perlu berebut dengan tetamu lain. Berbuka terus dengan makan nasi dan baru solat. 
Beratur panjang untuk mengambil nasi

Menu berbuka

Meja dalam dewan

Meja makanan

Terawih pula dibuat 20 rakaat tetapi pada malam tertentu yang ada tazkirah hanya dibuat lapan rakaat sahaja. Tazkirah biasanya disampaikan oleh ustaz terkenal seperti Dr. Abdullah Khairi. Jemaahnya juga boleh tahan ramai kerana ruang solat utama hampir penuh. Selepas terawih ada pula moreh di dewan makan. Malam ini adalah bubur lambuk dan kopi'o. Masjid ini juga agak ramai warga asing yang tumpang berbuka dan berterawih di sini.
Jemaah terawih yang agak ramai

Moreh dengan bubur lambuk


No comments:

Post a Comment