10 ramadan, selepas balik kerja terus ke Masjid Negara di tengah ibu kota. Masjid yang siap dibina pada tahun 1965 ini boleh memuatkan 15 ribu jemaah dalam satu-satu masa. Walaupun besar, masjid ini tidak menyediakan parkir yang mencukupi untuk para jemaah. Reka bentuknya pula amat berbeza dengan masjid lain kerana bentuk kubahnya seperti payung yang melambangkan ciri-ciri tropika yang menerima banyak hujan sepanjang tahun. Sekeliling masjid dibina kolam bagi menambahkan lagi kecantikannya disamping lanskap yang menghijau. Ruang solat utama dipasang penghawa dingin berpusat bagi menambah keselesaan para jemaah. Sebenarnya, bahagian dalam masjid ini lebih cantik dari rupa luaran masjid. Kemudahan lain cukup lengkap termasuklah sekolah agama untuk kanak-kanak. Yang paling memberi masalah pada masjid besar sebegini adalah tempat mengambil wuduk sangat jauh dari ruang solat utama.
|
Kawasan gelandangan melepak |
|
Pintu masuk utama |
|
Ruang dalam masjid |
|
Bahagian perempuan di belakang |
|
Menu berbuka |
|
Tempat duduk jemaah |
Walaupun merupakan masjid negara, kelihatan program yang dijalankan untuk mengimarahkan masjid ini tidak banyak. Mungkin lebih kepada program tertutup sahaja. Untuk program berbuka, seperti sama sahaja dengan masjid besar lain di kawasan Wilayah Persekutuan. Dimana berbuka dengan kuih dahulu dan kemudian selepas solat baru makan nasi. Kuih dan buah kurma akan diletak dalam satu pinggan untuk empat orang makan. Lelaki di bahagian bawah masjid dan perempuan di bahagian sama aras dengan ruang solat utama. Minuman perlu ambil sendiri di meja. Selepas solat, nasi disediakan secara buffet dimana perlu beratur dan ada orang yang akan tolong isikan supaya tidak ada yang ambil berlebihan. Tapi kali ini betul-betul sedikit dimana sayur pun dicatu. Biasanya sayur boleh ambil sendiri. Kat masjid ini juga ramai dengan gelandangan dimana kelihatan mereka ini tidak berpuasa pun. Dari pukul enam lagi mereka berada disekitar masjid dan ada yang berani menghisap rokok dan makan bersama dengan teman-teman mereka ketika tidak ada orang di sekeliling. Bila masa nasi hendak diberi, kelihatan mereka telah beratur dahulu di depan kerana mungkin mereka tidak solat dan hanya menunggu di bawah. Menu untuk hari ini adalah ayam gulai, ikan goreng, dan sayur kangkung.
|
Menu utama |
|
Beratur untuk mengambil makanan |
|
Kawasan berbuka perempuan |
Solat terawih kat sini tidaklah ramai sangat berbanding dengan saiz masjid yang besar. Dimana tidak sampai separuh pun penuh ruang solat utama. Kat sini, terawih dibuat 20 rakaat dan hanya selepas lapan rakaat cuma tinggal dua saf sahaja. Imam terawih boleh tahan juga merdu bacaannya. Moreh disediakan di bahagian atas, sama juga untuk perempuan. Hari ini makan roti cicah bubur kacang hijau dengan air kopi'o. Sambil makan, boleh la menikmati panorama kota raya yang penuh dengan pencakar langit dan dihiasi lampu-lampu neon yang berwarna-warni. Terutamanya menara KL, sangat cantik di pandang dari masjid negara di waktu malam.
|
Panorama malam ibu kota |
|
Jemaah terawih |
|
Tempat moreh |
|
Menu moreh |
No comments:
Post a Comment