Pandangan sisi kanan masjid |
Bekas nasi disusun sepanjang koridor |
Ruang untuk keluarga |
Menu berbuka yang ringkas |
Berbuka kat sini perlu datang awal kerana orangnya terlalu ramai berbanding tempat yang disediakan. Hingga penuh seluruh kawasan koridor masjid dijadikan tempat berbuka dan ditambah dengan khemah bagi yang bawa keluarga. Tetapi jangan risau, makanan tetap mencukupi. Kat sini berbuka dengan nasi terus dan barulah solat maghrib. Kita akan diberi nasi yang di pek dalam bekas plastik yang telah disusun di lantai sepanjang koridor bersama sebotol air mineral. Bila datang, terus duduk di tempat yang ada nasi tersebut sambil menunggu waktu berbuka. Jika mahu air manis dan buah kurma, perlu ambil sendiri di meja yang disediakan. Ada juga bubur lambuk yang juga perlu ambil sendiri. Kalau makanan yang dibungkus begini, memang tidak puas makan kerana nasi dan lauknya amat sedikit. Namun ada baiknya kerana kita tak perlu beratur dan makan secara sederhana seperti sunnah nabi dimana berhenti sebelum kenyang.
Jemaah solat maghrib |
Pandangan sisi kanan waktu malam |
Pandangan depan masjid |
Jemaah solat terawih |
Selepas makan barulah solat maghrib yang mana ada orang akan mengumumkan pukul berapa supaya kita tidak terlajak dan boleh bersedia. Kita juga tak perlu risau pasal makan lagi kerana telah makan nasi dahulu sebelum solat dan tak perlu tergesa-gesa selepas solat untuk beratur seperti di masjid lain. Solat terawih dibuat 20 rakaat di sini. Dengan imam yang bersuara merdu dan ruang solat yang selesa, tak menjadi masalah untuk solat hingga selesai. Jumlah jemaah solat terawih agak ramai tetapi masih belum penuh ruang solat utama. Selepas terawih tidak ada moreh dan boleh terus balik.
No comments:
Post a Comment