Hari ini telah masuk sepuluh ramadan terakhir iaitu 21 ramadan 1438 hijrah. Tempat berbuka hari ini adalah di Masjid Jamek, Jalan Tun Perak, kuala Lumpur. Masjid yang bercirikan senibina Mughal ini terletak berdekatan dengan stesen LRT yang memudahkan para pelancong melawatnya. Masjid yang bersejarah ini telah siap dibina pada tahun 1909 oleh penjajah british dan batu asasnya telah diletakkan oleh sultan Selangor pada waktu itu. Agak terpegun melihat keindahan masjid ini kerana senibinanya lain dari yang lain biarpun hanya kecil. Masjid ini berada betul-betul di tengah ibu kota yang sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang dan menjadi ikon bandaraya Kuala Lumpur dimana merupakan destinasi yang perlu disinggahi pelancong sekiranya berkunjung ke sini. Sekarang, masjid ini dalam penambahbaikan. Banyak kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan. Jadi tak nampak la kecantikannya yang sebenar. Dalam ruang solat utama kelihatan telah dipasang sistem penghawa dingin, tetapi seperti tidak berfungsi dan hanya ada kipas syiling sahaja yang berpusing. Karpetnya pula agak kasar.
|
Kawasan dalam pembinaan |
|
Dikelilingi bangunan pencakar langit |
Acara berbuka di sini adalah dengan makan nasi dahulu dan barulah solat maghrib. Seawal pukul 6.30 petang telah ada tetamu yang telah menunggu untuk berbuka di sini dan kebanyakkan dari mereka adalah warga asing. Para sukarelawan masjid akan menbentangkan pelapik plastik panjang dan diatur air minuman dalam botol. Air manis perlu ambil sendiri di meja air. Selepas itu, apabila tetamu telah ramai, barulah diedar buah, bubur lambuk dan nasi yang dibungkus dalam bekas plastik secara berperingkat. Buah perlu kongsi empat orang. Seterusnya, imam masjid akan membaca tahlil sebelum masuk waktu berbuka. Bila sudah dekat masuk waktu, turunlah hujan yang lebat dan bagi yang duduk dibelah tepi, akan terkena tempias kerana tempat berbuka merupakan ruang yang tiada dinding. Kebanyakkan yang berbuka disini kelihatan seperti gelandangan dan ramai juga warga asing.
|
Beratur untuk mengambil air |
|
Meja air |
|
Buah untuk 4 orang |
|
menunggu waktu berbuka |
|
Nasi bungkus dalam plastik |
|
Antara makanan yang diberi |
Solat terawih di sini tidak ramai jemaah dimana tidak penuh ruang solat utama biarpun tidak besar mana. Jemaah untuk solat maghrib lebih ramai dari jemaah untuk solat isyak. Solat isyak hanya tiga @ empat saf sahaja. Solat terawih masih dibuat sebanyak 20 rakaat biar pun hanya tinggal satu saf sahaja selepas habis lapan rakaat. Bacaan imam masjid ini boleh tahan merdu juga. Moreh kat sini sedap juga dimana hari ini dapat makan bubur kacang, ada meehoon goreng dan kuih. Berterawih di tengah pusat bandar di Masjid Jamek merupakan pengalaman yang tidak selalu dapat. Biasanya kita lebih mementingkan untuk membeli-belah jika berkunjung ke ibu kota.
|
Ruang dalam masjid |
|
Stesen LRT |
|
Solat terawih selepas 8 rakaat |
|
Moreh |
|
Ada juga meehoon goreng di meja makanan |
No comments:
Post a Comment