Sunday, 11 June 2017

Masjid Sultan Mizan(Masjid Besi), Putrajaya

Puasa hari ke-lapan. Dalam tak sedar sudah lapan hari berpuasa. Di hari cuti, berbuka di masjid besi memberi pengalaman yang lebih kerana ada program yang tiada pada hari biasa. Minggu ini, pukul enam sebelum berbuka ada program 'LetsTalk' yang disampaikan oleh penceramah terkenal Ustaz Ebit Liew. Mendengar ceramah beliau bukan sahaja dapat menambah ilmu agama, malah memberi motivasi kepada diri untuk lebih bersemangat dalam mengamalkan ajaran agama islam.

Pandagan sisi kiri masjid

Belah kanan masjid

Mendengar ceramah sebelum berbuka

Ust. Ebit Liew

Pandangan sisi kiri waktu malam

Tempat parkir yang luas
Pemandangan malam di tepi tasik

Tentang masjid ini pula, apa yang boleh diperkatakan adalah sangat besar dan rekaannya lain dari yang lain kerana rangkanya banyak diperbuat daripada besi sehinggakan digelar masjid besi. Kalau yang pertama kali datang ke sini, boleh sesat dibuatnya kerana terlalu besar. Walaupun besar, ruang parkir boleh dikatakan mencukupi kerana adanya parkir di basement dan sebelah tepi masjid yang banyak. Kalau nak dekat dengan ruang solat utama, boleh la letak kereta di basement masjid yang ada dua aras. Boleh juga letak kereta berdekatan bangunan PJH yang mana jalan untuk menuju ke masjid melalui kiblat walk yang dihiasi dengan taman dan lampu yang berwarna-warni. Di sekitar bangunan PJH juga adanya gerai makan yang menjual pelbagai juadah berbuka yang jarang kita jumpa di bulan lain. Masjid ini walaupun baru tidak ada penghawa dingin di ruang solat utama. Kalau di waktu solat lain, sebenarnya sudah agak selesa dan tidak panas kerana ruangnya terbuka tanpa dinding dan direka dengan sistem pengudaraan yang baik. Namun, untuk solat terawih 20 rakaat dengan jumlah jemaah yang ramai terasa agak kepanasan kecuali hari hujan. Tambahan pula kipas yang disediakan tidak banyak. Hanya di saf depan dan tengah sahaja ada kipas. Tempat mengambil wuduk pula di aras bawah. Agak jauh juga dari ruang solat utama.

Ramai orang berbuka

Khemah untuk yang bawa keluarga

Menu utama

Beratur untuk mengambil nasi


Berbuka di sini dengan kuih dan buah kurma terlebih dahulu, selepas solat baru makan nasi. Sebelum berbuka, ada ceramah pada pukul 6 kalau datang pada hari sabtu. Pukul 7, ada tahlil dan doa sehingga masuk waktu berbuka setiap hari. Untuk berbuka, diberi kuih dan buah kurma yang dipek dalam bekas plastik untuk setiap orang dan perlu ambil sendiri di meja besama air. Ada juga air zam-zam di meja lain yang terhad dimana perlu datang awal jika mahu mengambilnya. Selepas solat, barulah nasi disediakan secara buffet tetapi tak boleh ambil sendiri. Walaupun banyak kaunter yang disediakan, tetap kena beratur panjang kerana terlalu ramainya orang termasuk warga asing. Kalau mahu cepat, kena la bangun awal selepas solat untuk beratur di depan. Menu yang disediakan agak ringkas iaitu nasi, gulai ayam, gulai nenas dan buah epal. Walaupun ringkas, sangat sedap.

Dataran depan bangunan mahkamah jadi tempat berbuka

kiblat walk


Jumlah jemaah selepas 8 rakaat

Menu moreh


Lepas makan, perkara yang terbaik jika datang kesini ialah meneroka sekeliling masjid. Selain dapat membakar kalori berlebihan, pemandangan di sekitar masjid ini amatlah menarik dipandang mata yang kita tidak dapat jika berada di dalam masjid. Boleh juga berjalan di sekitar kiblat walk sambil menghayati pemandangan malam dan melihat gelagat manusia  di sekitarnya sebelum masuk waktu isyak. Solat terawih kat sini adalah 20 rakaat yang diimamkan oleh Imam Syeikh Hamdi Habeeb. Kalau tak tahan panas, carilah tempat berdekatan dengan kipas atau boleh naik tingkat atas yang tidak ramai orang. Selepas terawih ada moreh iaitu meehoon dan kopi'o pada hari ini.


No comments:

Post a Comment