Apa yang berbeza masjid ini adalah nasi dihidang di dalam talam yang perlu dikongsi empat orang satu talam. Bukan makan dalam pinggan, tetapi di dalam talam itu sendiri. Berbuka juga diberi kuih dan buah kurma yang dipek satu bekas dan perlu kongsi empat orang. Air mineral 350ml diberi satu botol sorang untuk berbuka serta buah yang juga telah dipek. Kemudian, solat maghrib terlebih dahulu dan barulah boleh makan nasi yang siap di dalam talam yang dihidang di bahagian ruang solat atas bagi lelaki, ruang makan bagi perempuan, dan bawah khemah bagi yang berkeluarga. Juga hanya diberi sebotol air mineral tanpa air manis. Bagus juga untuk kesihatan dan boleh ambil lebih di dalam kotak.
Menu berbuka |
Berbuka di ruang dalam masjid |
Sebelum masuk isyak, ada tazkirah pendek. Selepas solat isyak sebelum terawih, ada acara pemberian hadiah bagi pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan akademik dan yang menghafaz al-quran di ruang solat utama. Acara itu hanya beberapa minit dan diteruskan dengan solat terawih sebanyak 20 rakaat. Macam biasa, ramai yang hanya buat lapan rakaat walaupun masjid berpenghawa dingin dan karpet yang lembut selesa. Selepas terawih, ada moreh di bahagian ruang makan kantin masjid.
Nasi dihidang dalam talam bahagian atas masjid |
Menu utama dalam talam |
Ruang makan untuk yang berkeluarga |
Jemaah yang tinggal selepas lapan rakaat terawih |
No comments:
Post a Comment