Padang awam sebelah masjid |
Bersebelahan masjid ada padang riadah untuk orng ramai. Di padang ini sangat meriah dengan orang ramai yang membawa keluarga untuk berbuka di kawasan terbuka dan berdekatan dengan masjid. Ada juga kumpulan-kumpulan remaja yang berbuka bersama kawan-kawan. Di tepi jalan sebelah padang pula ada jualan makanan dan barang-barang lain seperti tikar dan mainan kanak-kanak yang dijual hanya dengan lori atau pun di but kereta. Hingga jalan itu penuh sesak dengan kenderaan yang lalu-lalang. Pemandangan di sekitar padang itu juga sangat cantik dengan kehijauan taman dan bengunan pencakar langit.
Beratur untuk mengambil makanan |
Bahagian luar masjid |
Bahagian dalam masjid |
Menu berbuka |
Dalam masjid juga tidak kalah meriahnya dengan orang ramai yang berpusu-pusu datang untuk berbuka di sini. Makanan yang dibungkus dalam bekas plastik terus diagihkan di meja makanan bersama air mineral, buah dan kuih serta buah kurma yang dipek. Ada juga individu yang turut mengagihkan makanan yang dibawa untuk disedekahkan. Jadi dapat dua bungkus nasi hari ini. Selepas mengambil makanan, boleh cari tempat untuk berbuka sama ada di ruang dalam atau di koridor masjid di bahagian luar. Biasanya ramai yang berkeluarga di bahagian luar.
Solat maghrib di bahagian bawah |
Masjid yang cantik |
Eskalator pun ada |
Sebelum masuk waktu berbuka, ada bacaan tahlil yang dibawa oleh ustaz bertugas di ruang dalam masjid. Dimana di kawasan berbuka itu ada pentas untuk ustaz membaca tahlil. Berbuka boleh terus makan nasi dan barulah solat maghrib. Solat maghrib dilakukan di ruang solat bahagian bawah, bukan di ruang solat utama. Mungkin kerana lebih mudah kerana lebih dekat dan tak perlu naik tangga terutama untuk masjid yang sebesar ini. Untuk mengambil wuduk saja sudah jauh. Kalau dibuat solat di bahagian atas, sudah tentu lagi ramai yang tidak sempat solat bersama imam terutamanya yang makan lambat.
Ruang solat utama |
Solat terawih selepas 8 rakaat |
Beratur untuk moreh |
Menu moreh |
Makan moreh kat luar |
Masjid yang besar dan cantik ini bertambah cantik di waktu malam apabila cahaya lampu tumpu dipantul oleh kubah yang besar dan kebiruan itu. Tak rugi berjalan di sekitar masjid ini walaupun agak jauh semata-mata untuk menghayati keindahannya. Solat terawih di sini dibuat 20 rakaat tetapi agak cepat kerana surah dibaca pendek. Imam pula adalah Ustaz Tarmizi Ali yang menang tilawah al-quran peringkat antarabangsa dan juga personaliti tv.
Moreh pula adalah kuih yang dipek dalam bekas plastik bersama kopi'o panas. Walaupun semua makanan dipek, sangat seronok berbuka di sini dengan suasana yang berbeza dari masjid lain.
No comments:
Post a Comment