Thursday, 15 June 2017

Berbuka di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan

Hari ke-18 berpuasa bersamaan hari selasa 13 jun 2017. Hari ini telah berbuka di Masjid Al-Muqarrabin yang terletak di Bandar Tasik Selatan. Masjid yang agak cantik ini berada di tengah-tengah pangsapuri yang tinggi menjulang ke langit. Boleh dikatakan berada di kawasan yang sangat padat dengan penduduk. Masjid ini mempunyai sekolah agama dan dewan serbaguna yang besar tetapi parkir yang sedikit.


Ruang dalam masjid

Add caption

Tempat berwuduk


Kerana baru pertama kali berbuka disini, difikirkan akan ramai orang berbuka di masjid jika dilihat kawasan sekitar. Rupanya tekaan meleset kerana tidak ramai pun yang berbuka di sini. Yang tidak ramai itupun terdiri dari warga asing hampir separuh dari jumlah yang datang. Kawasan berbuka juga agak tersorok di sebelah dewan besar yang dipasang khemah dan siap kerusi serta meja. Berbuka hanya dengan buah kurma dan buah tembikai. Biasanya akan ada orang perseorangan yang akan sedekahkan kuih-muih dan pelbagai jenis air dari bazar ramadan yang siap dibungkus. Kuih ini boleh diambil sendiri di meja makanan jika ada dan biasanya yang datang lambat tak dapat kerana telah kehabisan. Ada juga yang memberi nasi siap dibungkus.
Meja makanan

Meja makan

Kuih dan nasi yang diambil sendiri

Berbuka dengan makan buah kurma dahulu dan selepas solat barulah akan diberi nasi yang dipek dalam bekas plastik. Dengan suasana yang agak suram, difikirkan selepas solat sudah tidak ada makan kerana di meja makanan tidak nampak apa-apa selain tong air dan cawan semasa berbuka. Selepas melihat orang berpusu-pusu menuju ke khemah berbuka selepas solat, barulah tahu rupanya ada diberi nasi beriani ayam yang siap dipek. Terpaksa la pula makan dua bungkus kerana semasa berbuka telah ambil nasi lemak ayam yang dibungkus.
Menu utama

Khemah berbuka

Kawasan masjid agak kecil untuk berjalan-jalan. Lagipun tak ada yang menarik untuk dipandang kerana hanya dipenuhi dengan hutan batu yang kaku. Solat terawih dibuat hanya lapan rakaat dan agak cepat bacaan imam serta ayat yang pendek. Namun, sebelum terawih ada dibuat tahlil terlebih dahulu. Ruang solat utama hampir penuh kerana masjid ini tidaklah besar mana tetapi ada tiga aras. Masjid ini dilengkapi kipas syiling gergasi tetapi tiada penghawa dingin. Tetapi pada hari ini tidak terlalu panas walaupun jemaah agak penuh.
Jemaah terawih

Hampir penuh ruang solat utama

Selepas 8 rakaat

No comments:

Post a Comment