Tuesday, 13 June 2017

Masjid Al-Mukhlisin Yang Tersergam Indah Bercahaya

Hari ke-14 berpuasa yang juga hari jumaat iaitu penghulu segala hari. Hari ini berbuka di masjid yang tidak pernah bersolat pun di sini.  Ini kerana masjid ini berada di kawasan yang perlu masuk ke dalam kawasan perumahan yang jauh dari lebuhraya utama. Berbaloi datang ke sini kerana masjid ini sangat cantik apabila disimbah cahaya mentari senja di ufuk barat. Bersebelahan masjid terdapat tanah perkuburan islam di atas bukit. Masjid yang agak besar ini lengkap dengan segala kemudahan tetapi tiada penghawa dingin. Hanya ada kipas syiling gergasi dan tidak cukup memberi keselesaan semasa solat terawih kerana jemaahnya agak ramai. Masjid ini sebenarnya tidak besar sangat, cuma tinggi dimana ruang solatnya ada tiga aras.





Berbuka disini agak berlainan dari tempat lain dimana makanannya dihidang terus diatas meja di dalam dulang. Lauknya hanya dua jenis iaitu untuk hari ini dapat sambal sotong dengan ayam goreng. Tetapi sesiapa datang awal agak beruntung kerana boleh dapat nasi arab yang dalamnya ada kambing walaupun hanya diberi sedikit seorang kerana sememangnya tidak banyak. Untuk mengambilnya perlu beratur di meja makanan. Ada juga yang dapat pisang dan air kotak jika datang awal. Yang datang lewat hanya dapat nasi yang di dalam dulang diatas meja. Nasi ini dihidang apabila dekat nak masuk waktu berbuka. Berbuka kat sini dengan makan nasi dahulu dan baru solat maghrib. Di sini juga ada air koko munif hijjaz yang ditaja oleh syarikat tersebut sepanjang ramadan dimana terdapat banner besar yang mengiklankan produk tersebut. Makan di bawah khemah yang di pasang khas sempena ramadan.

Beratur untuk mengambil nasi arab

Khemah dan meja tempat berbuka

Nasi arab

Makanan dihidang dalam dulang

Solat maghrib lebih tenang apabila terus makan nasi dahulu kerana tak perlu memikirkan perlu berebut untuk beratur di depan. Solat terawih agak tidak selesa kerana ramai juga jemaahnya hingga hampir penuh ruang solat utama. Walaupun ada kipas syiling gergasi, masjid ini agak panas bila penuh. Tapi mujur la terawih kat sini hanya lapan rakaat. Lepas terawih, dapat makan moreh pula iaitu kuih yang siap dipek dalam bekas plastik. Yang menjadi tumpuan tentulah air koko munif hijjaz sehingga kena beratur untuk mengambilnya. Paling ramai mestilah kanak-kanak.
Jemaah terawih yang penuh

Menu moreh





No comments:

Post a Comment