Wednesday, 14 June 2017

Berbuka Dalam Talam Di Masjid As-Salam, Puchong Perdana

Sudah tujuh belas hari berpuasa. Hari ni berbuka di Masjid As-Salam, Puchong Perdana. Masjid yang boleh dilihat dari lebuhraya LDP ini tidak besar mana namun ada tiga tingkat yang membuatkannya kelihatan besar dan cantik. Bertambah cantik lagi apabila kedudukannya di tepi tasik yang juga merupakan taman awam. Apabila melihatnya dari jauh kelihatan pantulan imej seperti cermin di permukaan tasik. Walaupun tasik tidak berapa bersih, tetap memberi pemandangan yang memukau dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa di waktu petang.


Masjid yang cantik

Ada gerai jual pakaian

Ruang solat utama

Kipas syiling gergasi

Cara berbuka di sini adalah makan dalam talam seramai empat orang dalam satu talam. Makan nasi dahulu dan baru solat maghrib. Turut ada air kotak, kuih talam, buah kurma, dan buah tembikai. Lauk hari ini tak berapa baik dan sedikit untuk kongsi empat orang kerana hanya ada sayur dengan dua ekor ikan keli goreng. Nasib baik hanya makan berkongsi tiga orang kerana seorang abang tu tidak makan ikan keli. Itu pun dah kena makan nasi sahaja tanpa lauk kerana tidak cukup. Kat sini juga boleh tahan dengan kehadiran warga asing yang agak ramai juga. Walaupun begitu, tetap seronok berbuka di sini kerana pemandangannya yang cantik semasa berbuka kerana berbuka di tempat terbuka.
Pemandangan senja

Nasi dihidang dalam talam

Add caption

Menu hari ini

Jemaah solat maghrib

Selepas maghrib, boleh la bersiar di sekitar tasik yang ada laluan pejalan kaki di sekelilingnya sambil menikmati panorama senja. Solat terawih di sini dibuat 20 rakaat. Ruang solat utama tiada penghawa dingin dan hanya ada kipas syiling gergasi. Tetapi tidak la panas sangat. Walaupun ruang solat di tingkat atas, ada disediakan lif untuk orang kurang upaya dan orang tua serta ada tempat wuduk di aras itu. Jumlah jemaah hanya penuh separuh ruang solat utama semasa solat terawih. Mungkin kerana sudah masuk separuh bulan berpuasa. Moreh juga disediakan, tetapi bagi yang lambat hanya dapat minum air kerana sudah habis.
Pemandangan masjid di waktu malam

Ada MRT sebelah masjid

Jemaah solat terawih

Terawih selepas 8 rakaat

Moreh yang sudah habis

No comments:

Post a Comment