Pintu Masuk |
Masjid Saidina Othman |
Ada sekolah agama |
Tangga Utama |
Bilik wuduk berhias |
Tempat meletak kasut |
Ruang solat tambahan |
Ruang solat utama |
Masjid di waktu malam |
Untuk berbuka pula, tempat makan adalah di bahagian bawah masjid di belah depan. Masjid ini boleh dikatakan sangat terbaik dari segi makan. Ini kerana jemaah tidak ramai sangat dan ada disediakan meja makan. Tetamu juga boleh mengambil sendiri lauk yang disediakan dan makan dahulu sebelum solat maghrib. Makanan yang disediakan juga agak mewah dan banyak jenis. Menu hari ini adalah nasi minyak, kerutuk daging, sayur dalca, acar timun, ayam masak merah, dan buah epal. Ada juga bubur lambuk untuk tambahan sekiranya masih tidak mencukupi. Cuma ada sedikit masalah apabila tetamu dibenarkan ceduk sendiri lauk kerana ramai yang ambil secara berlebihan sehingga ada lauk yang habis dahulu sebelum tetamu yang di belakang dapat mengambilnya. Lebih parah lagi tidak sedikit makanan yang dibuang kerana tidak habis dimakan.
Ruang makan |
Meja makanan |
Menu utama |
Tengah tunggu waktu berbuka |
Solat terawih di sini agak ramai juga kerana hampir penuh ruang solat utama. Perempuan solat di bahagian bawah di dewan syarahan yang ada penghawa dingin dan ada juga yang solat di ruang solat utama di bahagian atas. Cuma, di ruang solat utama tiada penghawa dingin dan agak tidak selesa untuk bersolat terawih dengan jumlah jemaah yang ramai. Lebih-lebih lagi jika ingin lakukan sebanyak 20 rakaat. Selepas terawih ada disediakan moreh. Moreh kat sini sama seperti berbuka dimana agak mewah dengan pelbagai pilihan dan banyak. Boleh rambang mata kerana kelihatan semuanya sedap. Hingga ada yang ambil lebih untuk bawa balik.
Juadah moreh yang berbagai |
Yang menjadi pilihan |
No comments:
Post a Comment