Friday, 2 June 2017

Masjid Ar-Rahah Kg. Kerinchi Yang Cantik

Hari kelima ramadan, tersinggah pula pada Masjid Ar- Rahah yang cantik ini. Walaupun besar dan cantik, rasanya masih tidak ramai yang pernah solat di sini. Kecuali yang pernah datang ke Bangsar South atau bekerja di sini. Jika lalu jalan persekutuan, dari jauh boleh nampak masjid ini yang tersergam indah. Tetapi, tidak akan pernah terfikir untuk singgah kerana tidak nampak jalan masuk secara terus. Masjid ini agak terceruk lokasinya yang mana berada di belakang bangunan pejabat yang besar-besar dan mewah. Sesuai dengan lokasinya, masjid ini juga agak mewah. Dimana, sebagai sebuah masjid yang baru siap dibina pada disember 2012, masjid ini dilengkapi dengan segala kemudahan yang moden. Hiasan dinding dalaman penuh ukiran, dinding gabungan kaca, karpet bercorak cantik, dilengkapi penghawa dingin berpusat, ruangan serbaguna di tingkat bawah,dapur, bilik VIP, bilik jenazah serta tandas dan bilik wuduk yang bersih. Itu la pasal kos pembinaannya lebih rm10 juta. Namanya pula bersempena nama isteri perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Razak.

Masjid Ar-Rahah Kg. Kerinchi

Ruang solat utama masjid


Datang ke masjid ini untuk berbuka perlu awal. Ini kerana kawasan parkir yang terhad. Kalau lambat masih boleh parkir di kawasan luar pagar masjid di tepi jalan. Jemaah yang berbuka kat sini agak ramai yang terdiri dari pelajar dan orang asing dimana kawasan ini banyak bangunan dalam pembinaan dan berdekatan Universiti Malaya. Kat sini, berbuka dengan kuih dan buah kurma dahulu dan seterusnya menu utama iaitu nasi selepas solat maghrib. Kuih dan air perlu ambil sendiri di meja dan tempat duduk adalah di lantai yang dihampar tikar panjang. Tempat duduk lelaki dan perempuan diasingkan. Kalau tahun sebelum ni ada meja makan, mungkin kerana jemaah sudah ramai, meja makan sudah tidak disediakan lagi.

Ruang serbaguna di bahagian bawah

Menu berbuka
Jemaah yang ramai

Menu utama iaitu nasi dibungkus dalam bekas plastik. Agak tidak seronok kalau bungkus macam ni kerana nasi dan lauk sudah tentu amat sedikit. Untuk hari ini, dapat lauk ikan goreng berlada, gulai nangka dan buah tembikai. Kalau ada lebih barulah boleh ambil dua kalau tak cukup. Tapi dengan cara ini, masa untuk mengambil makanan dapat dijimatkan. Kalau buffet, kena beratur panjang jika jemaahnya ramai. Mungkin itu sebabnya diberi nasi yang dibungkus.

Menu utama

Moreh
Solat terawih pula dibuat sebanyak 20 rakaat. Tetapi pada hari ini penghawa dingin rosak, hanya ada kipas dinding sahaja. Terpaksa la lapan rakaat sudah angkat kaki dan makan moreh. Tak tahan panas dan berpeluh. Walaupun bacaan imamnya merdu sekali. Moreh juga dibungkus dalam bekas plastik. Malam ni makan kuehtiau goreng dan kuih cara berlauk. Tapi tak berapa sedap. Apa pun, kalau barang percuma tu telan sajalah. Pendek kata, masjid ini cantik dan moden serta bersih.

No comments:

Post a Comment