Wednesday, 7 June 2017

Masjid Kompleks Pertanian Serdang Yang Praktikal

Hari jumaat bersamaan 7 ramadan 1438 hijrah. Setelah berfikir panjang hendak berbuka dimana, Masjid Kompleks Pertanian Serdang yang menjadi pilihan dan ini adalah pengalaman pertama berbuka di sini. Kalau tidak kerana menara dan papan tanda masjid, sudah tentu bangunan cantik ini tidak diketahui adalah masjid. Lagipun kedudukannya yang perlu masuk ke dalam dari jalan utama. Walaupun agak besar, tetapi parkir dalam pagar masjid agak terhad. Namun ada parkir di sebelah surau lama yang agak luas dan perlu berjalan jauh sedikit. Lagipun, kawasan ini tidak sibuk dengan lalu lintas dan boleh parkir di tepi jalan. Yang menariknya masjid ini, terdapat kemudahan dewan badminton yang bersambung dengan bangunan masjid yang boleh berubah fungsi kepada dewan makan apabila memerlukan seperti sekarang. Serta terdapat kemudahan penghawa dingin di ruang solat utama dan kipas syiling yang besar di ruang solat tambahan yang lebih besar dari ruang solat utama. Masjid yang kelihatan baru ini juga lengkap dengan kuarters kakitangan masjid sebanyak empat unit rumah.
Masjid Kompleks Pertanian Serdang

Bacaan tahlil sebelum berbuka

Berbuka di sini sangat praktikal kerana makan terus menu utama. Dimana sebelum masuk waktu berbuka, tahlil ringkas dibacakan terlebih dahulu. Selepas habis doa, para tetamu boleh mengambil tempat masing-masing di meja yang siap dengan hidangan nasi yang sudah diisi lauk. Namun, tetamu boleh menambah lauk tambahan di meja lauk yang disedekahkan oleh orang perseorangan. Bermacam jenis lauk ada, hingga kita rambang mata mahu memilihnya. Tapi terpaksa berasak dengan tetamu lain yang juga mahu menambah lauk. Jika lambat, lauk yang best akan habis dahulu dan hanya tinggal saki baki sahaja. Masalahnya dengan lauk banyak, kita tidak dapat mengawal nafsu hingga mengambil lebih dari kemampuan kita untuk makan. Hinggakan tak sedikit orang yang membazir. Rata-rata tetamu disini adalah pelajar kerana masjid ini berdekatan dengan UPM. Mereka lebih gemar berbuka di sini kerana jemaahnya tidak terlalu ramai. Selesai makan, barulah solat maghrib.
Hidangan utama

Dewan makan masjid yang juga gelanggang badminton

Jemaah solat maghrib

Antara kemudahan yang ada

Masjid di waktu malam

Selepas solat maghrib, boleh la membaca al-quran sementara menunggu waktu isyak. Terawih di sini hanya dibuat lapan rakaat tambah witir 3 rakaat. Sebelum terawih, ada tazkirah yang disampaikan oleh ustaz jemputan. Solat kat sini agak selesa kerana masjid ini direka mengikut trend semasa dimana ruang solat utama ada penghawa dingin. Walaupun jemaah ramai, masjid ini tidak panas. Sebenarnya, tak penuh pun ruang solat utama. Selepas witir ada moreh. Malam ini makan kuetiau goreng. Malangnya, air tidak mencukupi dimana jemaah yang lambat tak dapat air. Tetapi, masih boleh minum air kosong dari mesin air yang disediakan. Kalau pasal makan, masjid ini boleh dikatakan juara di bulan ramadan ini.


Menu moreh



No comments:

Post a Comment