Thursday, 15 June 2017

Masjid UPM, Serdang Berbuka Dalam Talam

19 ramadan 1438 hijrah sempat berbuka di Masjid UPM yang kebanyakkan jemaahnya adalah pelajar dan pelajar warga asing. Masjid ini agak besar sebenarnya kerana walaupun agak ramai yang datang bersolat, tidak sampai separuh pun penuh. Walaupun masjid ini dalam kawasan UPM, orang luar juga boleh masuk untuk bersolat kerana tiada sekatan untuk masuk ke sini. Masjid ini dijaga rapi keceriaannya dan siap ada pengawal keselamatan di depan pintu utama masjid. Lanskap juga menarik dengan pelbagai pokok bunga dan buah-buahan.










Masjid ini mengamalkan berbuka dengan nasi dahulu dan barulah solat maghrib. Yang menariknya masjid ini adalah berbuka dalam talam yang mana kita boleh mengambil sendiri nasi yang dalam talam di meja makanan. Biasanya kalau di tempat lain, talam akan siap disusun di lantai dan kita hanya perlu duduk berempat di talam yang disediakan. Biasanya yang mengambil makanan sudah ada kawan yang ingin berkongsi makanan seramai empat orang. Kalau yang belum ada, boleh la tumpang di talam orang lain. Kalau ambil sendiri juga dan sekiranya tiada yang ingin makan kongsi bersama, alamatnya akan berlaku pembaziran kerana nasi yang diberi adalah untuk empat orang. Selain itu, ada juga bubur ubi yang disedekah oleh orang perseorangan. Yang peliknya adalah terpaksa beratur untuk mengambil air kerana air yang disediakan tidak mencukupi.







Masjid ini tidak menyediakan penghawa dingin tetapi telah dipasang kipas syiling yang besar. Walaupun dengan jemaah yang agak ramai, masih tidak panas kerana dindingnya terbuka dan hanya dipasang jeriji besi. Terawih dibuat 20 rakaat dan macam biasa, cukup lapan rakaat hanya tinggal dua saf sahaja. Moreh juga disediakan dan malam ini ada kuih talam dan seri ayu. Bertambah istimewa, ada orang dari McDonald membahagikan pai epal dengan burger secara percuma di masjid ini pada malam ini.





No comments:

Post a Comment