Saturday, 17 June 2017

Berbuka di Masjid Al-Imam Al-Tirmizi

Sudah 22 hari berpuasa hari ini. Malam ini adalah malam 23 ramadan yang berkemungkinan besar adalah malam al-qadar dimana malam yang lebih baik dari seribu bulan. Kalau ikut cuaca, pada petang tadi hujan lebat dan malam ini agak dingin sedikit di masjid Al-Imam Al-Tirmizi ini yang terletak di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur. Kawasan sekitar masjid ini dipenuhi dengan rumah flat kos rendah. Masjid ini agak cantik dan sederhana besar. Ruang parkirnya tidak luas mana tetapi ada quarters cantik untuk pegawai masjid yang dibina bertingkat. Ruang solat utamanya dipasang kipas syiling gergasi tetapi tiada penghawa dingin.



Pintu masuk utama

Quarters Pegawai masjid


Tempat berbuka untuk masjid ini adalah di sebelah kanan masjid yang dipasang khemah dan siap dengan kerusi meja. Jumlah tetamu sederhana sahaja dan makanan dihidang secara buffet dan ada orang yang tukang ceduk makanan dalam pingan. Tetamu perlu beratur di meja makanan untuk mengambil nasi, kuih dan buah kurma. Berbuka dengan nasi dan kemudian baru solat maghrib. Lauk hari ini adalah daging gulai kuning, telur sambal, dan tauhu sumbat. Walaupun hanya tiga jenis, daging yang diberi agak banyak dan boleh tambah. Air juga ada tiga jenis iaitu teh panas, air oren dan jus mangga. Ada juga nasi lemak yang dibungkus yang disedekahkan orang perseorangan. Kat sini juga ramai warga asing yang turut berbuka bersama.
Khemah berbuka

Beratur untuk mengambil makanan

Ramai warga asing

Menu berbuka

Jemaah solat maghrib

Solat terawih kat sini diselangi dengan tazkirah yang disampaikan oleh ustaz jemputan. Jumlah jemaah yang solat terawih sederhana ramai dimana tidak penuh pun ruang solat utama biarpun tidak besar mana. Selepas lapan rakaat barulah tazkirah disampaikan. Malam ini tazkirah bertajuk 12 golongan yang didoakan para malaikat. Ramai juga yang masih menunggu untuk mendengar tazkirah berbanding hanya beberapa orang sahaja yang balik awal.

Ruang solat utama

Jemaah solat terawih

No comments:

Post a Comment