Hari ini dah masuk hari ke 25 berpuasa. Semangat untuk berhari raya sudah berkobar-kobar sehinggakan semangat bulan Ramadan agak luntur ditelan masa. Kalau sebelum ini agak rajin untuk beribadat, sekarang semakin sukar dan berat. Hari ini berpeluang berbuka di Surau Saujana Impian yang tidak jauh dari rumah. Walaupun dinamakan sebagai surau, sebenarnya agak besar dan cantik juga bangunannya. Kawasan parkir juga luas. Surau ini terletak di tempat yang strategik juga dimana di tepi jalan utama yang senang orang ramai lihat dari jauh. Dengan kubahnya yang besar dan cantik, mesti ramai yang pernah singgah untuk bersolat di sini.
|
Majlis tahlil sebelum berbuka |
Berbuka di surau ini boleh tahan juga. Sebelum berbuka, ada majlis tahlil di ruang solat utama. Tempat makan disediakan kerusi dan meja di bawah tempat berbumbung. Jemaah yang hadir agak ramai sehinggakan ada yang berbuka di ruang legar masjid terutamanya yang membawa keluarga. Walaupun agak ramai orang, kat sini tak perlu beratur panjang kerana boleh berbuka dengan nasi terus dan baru solat maghrib. Nasi boleh diambil seawal pukul 6.45 lagi dan hanya tunggu masuk waktu di meja. Menu berbuka hari ini adalah nasi minyak lauk ayam, dan bubur lambuk. Biarpun ringkas sahaja, tetapi sedap. Sebenarnya masih banyak lagi makanan lain seperti pelbagai jenis kuih yang disedekahkan. Tetapi sebab lambat ambil, maka sudah habis. Lagipun, memang niat tak mahu makan banyak sangat, yang ni pun sudah lebih dari cukup.
Lepas berbuka terus solat maghrib dan tunggulah sehingga masuk waktu isyak. Solat terawih kat sini masih ramai juga walaupun sudah di penghujung ramadan. Ruang solat utama penuh dan ada beberapa jemaah yang solat kat luar. Ruang solat utama ada kemudahan penghawa dingin. Jadi, tak perlu risau la walaupun penuh kerana masih sejuk dan selesa. Imam terawih boleh tahan juga bacaannya. Yang menarik tentang surau ini adalah adanya rak yang diletakkan dengan bahan makanan asas seperti tepung dan beras yang boleh diambil oleh orang miskin jika memerlukan. Bagi orang kaya pula, sesiapa pun boleh menderma dengan meletakkan apa saja bahan makanan yang dirasakan perlu. Kat surau ini seperti tidak disediakan moreh. Kalau dilihat pada jadual di papan kenyataan, surau ini sangat aktif dengan aktiviti agama.
|
Rak tempat letak bahan makanan untuk menderma |
|
Jemaah penuh sampai ke luar |
No comments:
Post a Comment