Monday, 19 June 2017

Masjid Ar-Rahman Depan Pintu Pagar UM

24 ramadan 1438 hijrah bersamaan 19 jun 2017. Berbuka puasa di Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai baru yang terletak di pintu masuk Universiti Malaya. Masjid yang agak baru ini sederhana besar tetapi lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti ruang solat utama yang berpenghawa dingin, rumah pegawai masjid, bilik-bilik kuliah, dan pejabat. Tempat wuduk dan tandas dibina berasingan dari bangunan utama dan agak menyukarkan untuk berwuduk dan menunaikan hajat kerana terpaksa memakai alas kaki sekiranya mahu ke sana. Ruang solat utama dipisahkan dengan dinding kaca dari ruang solat tambahan yang menggambarkan ciri-ciri rekaan masjid moden. Ruang solat tambahan dilengkapi dengan kipas syiling gergasi.

Pintu masuk


Tempat wuduk dan tandas yang berasingan


Berlatar belakang bangunan pencakar langit

Ruang solat tambahan

Ruang solat utama


Acara berbuka di sini dimulai dengan bacaan tahlil dari imam masjid dimana menandakan para tetamu sudah boleh mengambil tempat masing-masing di tempat berbuka puasa yang dibentang dengan tikar dan disusun dengan bubur lambuk, air dan kuih. Tempat berbuka tetamu lelaki adalah di ruang tepi masjid dan tetamu wanita di belah dalam masjid. Masjid ini mengamalkan berbuka dengan kuih dahulu dan selepas solat maghrib barulah boleh makan nasi. Sistem ini banyak masalahnya kerana agak ramai juga orang yang berbuka di sini yang kebanyakkannya adalah pelajar UM itu sendiri. Tempat yang disediakan tidak berapa mencukupi. Apabila solat maghrib, ramai yang memilah untuk solat di belah tepi yang berdekatan pintu keluar untuk ke ruang berbuka supaya dapat beratur di depan apabila mengambil makanan biarpun imam masih belum habis baca doa. Walhal, saf di belah kanan masih kosong. Paling malang, ketika beratur mengambil makanan dimana yang beratur paling belakang terpaksa menunggu lama dan kemungkinan sebahagian lauk habis sangat pasti. Mereka mungkin terpaksa burpuas hati dengan satu jenis lauk sahaja kerana lauk lain sudah habis. Sepatutnya lebih banyak kaunter makanan disediakan supaya lebih cepat.

Meja makanan

Ruang berbuka wanita

Ruang berbuka lelaki

Menu berbuka

Imam tengah mengetuai tahlil

Ramai juga yang datang berbuka

Beratur Untuk mengambil nasi

Beratuer panjang hingga dalam ruang solat utama

Meja makanan

Menu Utama

Solat terawih pula dibuat 20 rakaat dan selepas terawih sekali lagi akan dibuat bacaan tahlil. Jemaah terawih agak ramai juga tetapi tidak la penuh ruang solat utama yang berpenghawa dingin itu. Suhunya tidak berapa sejuk walaupun menggunakan sistem berpusat. Selepas lapan rakaat hanya tinggal 2 saf sahaja. Moreh disediakan di ruang berbuka tadi dan hari ini dapat makan mee goreng dengan air teh.

Jemaah terawih

Moreh


Jemaah terawih selepas 8 rakaaat






Sunday, 18 June 2017

Berbuka Puasa Perdana di Surau Al-Muhajirin

23 ramadan 1438 hijrah. Hari ini acara berbuka perdana di surau berdekatan rumah iaitu Surau Al-Muhajirin, Taman Kajang Utama. Surau ini sangat aktif dengan aktiviti masjid hingga acara berbuka perdana pun dibuat sebanyak dua kali. Surau ini juga ada buat solat jumaat dan telah diperbesarkan beberapa kali kerana jemaahnya terlalu ramai. Walaupun kelihatan biasa sahaja, surau ini ada penghawa dingin di ruang solat utama.

Surau yang terletak di tebing

Tiada parkir di dalam surau



Ruang solat tambahan

Berbuka perdana sudah tentulah ramai orang kerana menunya juga sangat istimewa iaitu nasi beriani dengan kambing golek. Sebelum masuk waktu berbuka, ada tazkirah agama. Habis tazkirah, para tetamu akan beratur untuk mengambil nasi yang telah siap di atas meja dan boleh cari tempat duduk yang telah siap terhidang dengan lauk dan buah kurma. Satu hidangan adalah untuk empat orang. Kemudian, boleh ambil air yang ada tiga jenis dan kuih yang diletakkan di atas meja bersama air. Semua benda telah lengkap, hanya tunggu masa untuk berbuka sahaja. Berbuka adalah dengan makan nasi terus dan barulah solat maghrib. Walaupun solat lambat sedikit, cara ini adalah lebih berkesan jika berbuka di surau yang ramai orang. Selain kambing, ada juga nasi arab berlauk ayam di setiap hidangan yang dibungkus dalam bekas plastik. Menu di surau ini adalah yang paling mewah sekali jika dibandingkan dengan tempat lain. Tambahan pulak, ajk surau sendiri yang memasak semua hidangan dan yang pastinya sangat sedap. Makanannya sangat berlebihan dan boleh makan seberapa banyak pun jika larat. Sesedap dan semewah mana pun menu berbuka, kalau sudah kenyang dah tak boleh nak sumbat. Itulah juga yang berlaku kalau berbuka di hotel mewah.

Meja air dan kuih

Kambing golek yang dimasak sendiri AJK surau

Nasi yang siap dihidang


Nasi beriani dan nasi arab

Tetamu beratur untuk ambil nasi

Memang ramai

Habis berbuka, baru solat maghrib. Untuk terawih, biasanya selepas solat isyak ada tazkirah dahulu yang disampaikan oleh ustaz jemputan. Namun hari ini tiada tazkirah dan terawih tetap dibuat lapan rakaat dan boleh habis awal. Imam terawih pula adalah imam jemputan dari luar dan merdu bacaannya. Walaupun ruang solat utama ada penghawa dingin, tetapi tetap terasa panas apabila jemaah penuh semasa terawih. Untuk moreh pula, biasanya ada. Hari ini baki kuih semasa berbuka masih ada dan air dari berbuka pun masih banyak. Sememangnya kalau ingin rasa makanan yang mewah dan banyak, di surau seperti inilah tempatnya.

Ruang solat utama

Jemaah terawih yang ramai

Ruang solat tambahan

Saturday, 17 June 2017

Berbuka di Masjid Al-Imam Al-Tirmizi

Sudah 22 hari berpuasa hari ini. Malam ini adalah malam 23 ramadan yang berkemungkinan besar adalah malam al-qadar dimana malam yang lebih baik dari seribu bulan. Kalau ikut cuaca, pada petang tadi hujan lebat dan malam ini agak dingin sedikit di masjid Al-Imam Al-Tirmizi ini yang terletak di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur. Kawasan sekitar masjid ini dipenuhi dengan rumah flat kos rendah. Masjid ini agak cantik dan sederhana besar. Ruang parkirnya tidak luas mana tetapi ada quarters cantik untuk pegawai masjid yang dibina bertingkat. Ruang solat utamanya dipasang kipas syiling gergasi tetapi tiada penghawa dingin.



Pintu masuk utama

Quarters Pegawai masjid


Tempat berbuka untuk masjid ini adalah di sebelah kanan masjid yang dipasang khemah dan siap dengan kerusi meja. Jumlah tetamu sederhana sahaja dan makanan dihidang secara buffet dan ada orang yang tukang ceduk makanan dalam pingan. Tetamu perlu beratur di meja makanan untuk mengambil nasi, kuih dan buah kurma. Berbuka dengan nasi dan kemudian baru solat maghrib. Lauk hari ini adalah daging gulai kuning, telur sambal, dan tauhu sumbat. Walaupun hanya tiga jenis, daging yang diberi agak banyak dan boleh tambah. Air juga ada tiga jenis iaitu teh panas, air oren dan jus mangga. Ada juga nasi lemak yang dibungkus yang disedekahkan orang perseorangan. Kat sini juga ramai warga asing yang turut berbuka bersama.
Khemah berbuka

Beratur untuk mengambil makanan

Ramai warga asing

Menu berbuka

Jemaah solat maghrib

Solat terawih kat sini diselangi dengan tazkirah yang disampaikan oleh ustaz jemputan. Jumlah jemaah yang solat terawih sederhana ramai dimana tidak penuh pun ruang solat utama biarpun tidak besar mana. Selepas lapan rakaat barulah tazkirah disampaikan. Malam ini tazkirah bertajuk 12 golongan yang didoakan para malaikat. Ramai juga yang masih menunggu untuk mendengar tazkirah berbanding hanya beberapa orang sahaja yang balik awal.

Ruang solat utama

Jemaah solat terawih